Akademik dan Pencapaian Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai

Di SKSB , peratus kelulusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah sekitar 72% pada tahun 2012. Matlamat kelulusan ekolah ini adalah sekurang-kurangnya 80% daripada calon-calon UPSR mendapatkan 5A atau sekurang-kurangnya lulus semua mata pelajaran. Para guru dalam semua mata pelajaran bermula dari Tahun 1 cuba yang terbaik untuk bersaing dengan mendapatkan keputusan yang baik dan cuba untuk meningkatkan prestasi pencapaian akademik di sekolah.

Majlis Tahun 6

Majlis Tahun 6 adalah satu majlis yang terdiri dari para guru Tahun 6 bertujuan untuk meningkatkan kualiti tahap UPSR di SKSB. Tujuan dan matlamat mereka adalah untuk memperbaiki dan menangani setiap masalah yang terdapat di Tahun 6. Antara aktiviti mereka termasuk ceramah motivasi, kursus teknik menjawab soalan UPSR, tuisyen dan banyak lagi. Guru-guru yang dipilih untuk mengajar murid Tahun 6 kebanyakannya telah berpengalaman dalam setiap aspek dan setiap subjek yang diajar.

LINUS

LINUS bermaksud Literasi dan Numerasi adalah program penilaian yang luas yang diolah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menangani isu-isu murid Tahap 1 (Tahun 1-Tahun 3) yang masih tidak dapat membaca, menulis dan mengira. Program ini adalah berdasarkan program National Assessment Program – Literacy and Numeracy[10] dari Australia dan ia digunakan untuk mengukur tahap membaca dan mengira murid yang masih tidak dapat mencapai sasaran yang ditetapkan dalam standard Malaysia. Pada akhir program itu setiap tahun, satu set ujian diagnostik telah dijalankan untuk melihat hasil daripada program ini.

SKSB adalah salah satu sekolah di Selangor yang telah berjaya mencapai 100% LINUS Perdana atau tahap normal bahawa kebanyakan murid-murid Tahun 1 - Tahun 3 boleh membaca, menulis dan mengira pada asasnya.

Rujukan

WikiPedia: Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai http://www.nap.edu.au/naplan/naplan.html http://imann9969.blogspot.com/2009/06/platun-sk-sg... http://mujahidkecilsksb.blogspot.com http://sayfullzone.blogspot.com/2009/03/bukan-kern... http://sksb1975.blogspot.com/2011/04/sekolah-keban... http://smkmeruklang.blogspot.com/p/sejarah-sekolah... http://www.kgmeru.com/modules.php?name=Content&pa=... http://www.kgmeru.com/modules.php?name=News&file=p... http://sksbdenguepatrol.com/ http://www.youtube.com/watch?v=ERy_h7SDLQY